Versi Bahasa Istana~



Sembah(salam)
.....
Kehadapan ayahanda dan bonda yg kini berada di teratak bahagia moga, ayonda(ayahanda + bonda) berada dalam keadaan daulat(bahagia) sejahtera disana. Anakanda di sini sihat-sehat sahaja, titah(kata) ayonda akan anakanda ikuti. Disamping itu juga, anakanda ampun kurnia(minta maaf) akan ayonda atas segala salah silap anakanda selama ini. Terlebih dan terkurang sabda(kata)....dan perilaku yg memurkakan(marah) ayonda.

Ayonda, anakanda kini baru sahaja melepaskan lelah di khadam peperiksaan(minitest). Syukur kehadrat ilahi, andai telah mengurniakan(memberi) anakanda semangat untuk menjawapnya. Doa ayonda amat anakanda harapkan. Ada juga ketikanya, anakanda terkedu dan terkebil sewaktu menjawab, walhal nya, anakanda berserah sahaja pada ilahi atas keputusan yang bakal dipamerkan nanti. Ampun(maaf) andai resulk anakanda nnt, tidak sebagaimana yang ayonda harapkan. Anakanda mu ini, betul-betul tidak bersedia untuk exam tuh.

Ayonda ku tersayang, pada 8 Ogus 2010 yakni 27 syaaban 1431 hijriah, anakanda bakal mencemar duli(berangkat ke) Taman Gelora. Berkenan anakanda untuk menyatakan, hari berkenaan anakanda mu ni akan ber'aerobik' disana. Selepas bangun dari peraduan(tidur), bersiram(mandi) dan menyantap juadah pada embun-nya(pagi) ahad, anakanda dan khadam2 anak berangkat meraikan warga kurang daya pendengaran disana. Sukacita anakanda bercerita, yakni, anakanda diberi baju ikhlas(percuma) dan santapan istimewa. Amat dukacita anakanda rasakan, walhal ayonda tidak dapat hadir ke majlis tersebut.......=(

Ayonda, baru-baru ini juga, anakanda baru sahaja memiliki hp baru (htc diamond), yakni, 2nd hand punya. Credit tu saudara Kacap, atas budi hatinya. Anakanda terlalu gering untuk memiliki perihal tersebut. Alhamdulillah, sahabat anakanda berkenan akan menjual nya. sebagaimana yg demikian, anakanda turut bersedih, andai kereta anakanda (MAIVIE), tidak menampakkan sinar untuk pulih dari gering(sakit) akibat aksident hari yg kemudian. Moga urusan anakanda bakal diluruskan, amin....


Itu sahaja untuk warkah kali ini, moga-moga ayonda dilindungi dan sentiasa sihat. Sampaikan salam anakanda mu ini, pada kakanda(abang) di persemayam(rumah). Buat ayonda, selamat menjalani amalan Ramadhan kelak pada sinar(hari) khamis depan, anakanda suka untuk memberi anugerah(hadiah), yakni kurma dan kayu sugi untuk ayonda sekeluarga. Sayang ayonda selalu. Hut HuB..!!


*p/s: Segala kesalahan tata bahasa dan pelacuran bahasa x da kena mengena dengan kata-kata penulis yg sebenar. Credit to uncle wiki2~

3 comments:

August 10, 2010 at 5:40 PM liquorcerebrospinalis said...

Haha. Agak pening la nak baca bahasa istana ni.

August 10, 2010 at 10:11 PM kapak said...

hak..hak....~tu semua,asal2 dari bahasa istana...cuma di adaptasi kan kedalam bahasa melayu pasar

August 28, 2010 at 12:54 PM Anonymous said...

ko dah salah guna BM

Post a Comment

 

© DrKapak
Revolution Elements by Blozard. Original WP theme by Jason Schuller | Distributed by Deluxe Templates