Epistaxis = Hukum darah wanita


Assalamualaikum + Salam 1 malaysia

Tanggal 11 april 2011, aku kembali mengadap laptop,tuk tgk apa la yg dah jadi kat blog aku ni. hidup lg ker, available lg ker url ni, atau dah dispam kan oleh pihak berkuatkuasa. tetapi,ternyata sangkaan aku meleset...Alhamdulillah, masih lg cerah bernyawa tidak pudar warnanya site aku ni.

Dalam 1 bulan kebelakangan ni, ada bnyak cerita2 panas seantero negara kita. Tak kira la sebesar2 tsunami di Jepun sehingga lah sekecil2 water heater aku hilang dikebas orang.
  1. Berita video Seks pemimpin pembangkang yg hangat diperkatakan. no komen
  2. Fake Egg @ Telur palsu buatan manusia. wow ! nnt adalah ayam palsu kan...
  3. Maharaja lawak di astro prima. korang kena try tgk cite ni,best gile !
  4. Kilang radioaktip pertama di Malaysia. Malaysia future catastrophy
  5. Harga minyak kembali meningkat. agak2 nya, bila pulak ada yg nk buat minyak palsu
Walhal yg demikian, bukan itu tujuan post kali ni. Kejap tadi, aku baru je tgk2 nota Anatomy of the nose by asst. prof. Dr Yi Yi Myint. Kita sbg insan biasa, seharusnya bersyukur dikurniakan 2 lubang hidung yg flexible. Selain itu, kita juga ada bulu hidung yg mampu mencegah bendasing dari tersedut jauh kedalam paru2. Hidung juga mampu mengeluarkan 4 jenis cecair dari air hingus yg color hijau mcm kahak tu, air liur yg keluar time kita terbelahak, air mata yg time kita menangis pas kita tersedut2 hidung tu dan air darah. tp, bagaimana air darah terkeluar....?. Nak share la ckit2 apa itu 'epistaxis' = hidung berdarah.



Epistaxis ni mcm pendarahan didalam hidung just darah bukan tahi. Dimana, ada 1 tempat dlm hidung ni dimana salur darah kita akan pin point pada 1 tempat. 5 salur darah yang terlibat adalah Anterior Ethmoidal art. + Posterior Ethmoidal art. + Superior Labial art. + Greater Palatine art. + Sphenopalatine art. . Apabila hidung tercedera akibat pelanggaran kena tumbuk, pelempang, sepak terajang, salur2 darah ini mulai tercedera dan mengakibatkan pendarahan. Menerusi imej yg di sediakan, Kiesselbach's plexus atau dlm bahasa pasarnya 'little area', adalah tempat utama salur2 ini bersatu. Dgn makna kata lain, darah yg keluar tu, berpunca dari tempat2 salur darah ni.

Walau apa pun, kita jgn panik dalam situasi seperti ini. Ini adalah kejadian alam yg normal bg lelaki dan wanita. Rilek dan tenang. Penyelesaiannya, ambik tisu dan lap darah tersebut. Biarkan selama beberapa minit, dan darah itu akan hilang. Jika tidak, ambik ais, dan letakkan dihidung sumbat didalam hidung agar sistem pembekuan darah berlaku. Andai kata tidak juga, rujuk kpd doktor yg berhampiran.

Jelas semuanya, sampai disini sahaja kelas kita, kita bersambung di sesi akan datang dgn tajuk2 yg lebih menarik dan informasi2 yg berguna untuk kehidupan seharian kita. Ingat kiesselbach, ingat little area.tq, HutHub !!

3 comments:

May 17, 2011 at 4:58 PM Sebiru Hari Ini© said...

DrKapak!! jgn guna kapak untuk bedah k..hehe

Post a Comment

 

© DrKapak
Revolution Elements by Blozard. Original WP theme by Jason Schuller | Distributed by Deluxe Templates