Program lanjutan medic 2 Tahun !!



Salam sejahtera semua warga bloggers. Menjelang 7 hari lg exam final ku, aku masih lg berdiri dihadapan komputer riba. Menaip post untuk entri2 aku ini. Walhal, pada minggu sudah, ade la program Trip To Umah Ehsan (warga emas). Tp, masalahnya, aku x pegi pun. Cuma dgr cite2 dari membe2. Alhamdulillah, semua selamat pergi dan pulang, x da yg kena tembak @ culik @ rendam kepala dlm baldi @ org tua curi handset. Mostly, ade yg dh nyanyuk, dgr dari cite, kecian pn ade...Emm, tringat pulak iklan Petronas tentang warga emas ni. Trasa sebak jgk laaa
Pada 3/8/2009 (dah lame ni), kami, warga doktor2 sekalian telah dikejutkn dgn berita bahwa, 'kami kena buat housemanship selama 2 tahun' (dulu2, 1 tahun aje). Berita seumpama ini, menjadi buah mulut org ramai, seantero dunia. Rasa terkilan dan letih mula dirasai, sbb kami = 2 thn Matrik + 5 thn Ijazah + 2 thn housemanship (bagi budak2 UIA)......baru dpt jadi pegawai perubatan. Kalau program luar negara yg kena tendang?....kena buang, lagi lame.

Jadi, x hairan lah pada 10/5/2010, keluar pula kenyataan akhbar, mengatakan "Ramai doktor 'cabut'",rmai student yg pegi singapore. 1st-sbb tempoh housemanship yg panjang, 2nd-gaji yg x setimpal, 3rd-selalu kena marah ngn senior (kena penampor ckit, dah nk ngajuk). Yer, betul kami amat letih untuk melalui tempoh pelajaran yg amat panjang. Tak cukup dgn itu, kalau sape2 yg ade buat scholar dgn JPA ker, lagi lama masa diorg terikat dgn kerajaan.

Alasan untuk lanjutan houseman ni, adalah kerajaan inginkan graduan2 bakal doktor mempunyai asas yg kukuh sblm menjadi doktor. "Kini wajib bagi mereka dilatih selama empat bulan masing-masing dalam enam disiplin iaitu perubatan am, pediatrik, pembedahan, ortopedik, O&G dan perubatan kecemasan untuk tempoh dua tahun," kata ketua pengarah kesihatan. Wuuuu......

Patut ker, kena lanjutkan masa housemanship?. Ade baiknya benda2 cmni, tp kenapa bidang kerjaya lain, diorg x tambahkan masa belajar? adakah diorg dah cukup 'asas yg kukuh' untuk bekerja?. mmmmm......mungkin ada antara kita yg setuju dgn perkara ni, dan ade yg start maki hamun mendengar cerita ni, malah ade yg hanya korek hidung (buat x tahu) sahaja apabila keluar kenyataan mcm ni. Jadi, dimanakah tempat anda sekarang? moga, 1 hari nnt, kerajaan ubah fikiran untuk kita semua.amin...~hehe,tq..HuT HuB..!!

0 comments:

Post a Comment

 

© DrKapak
Revolution Elements by Blozard. Original WP theme by Jason Schuller | Distributed by Deluxe Templates