Tasek Naga Semenanjung ~

Bertemu kembali semua reader ku.

Ok, entri kali ni, aku nk direct je to the point. Maybe, x ramai yg tahu cerita sebenar tp cuma dengar2 je dari somebody. Aku, sebagai anak jati kampung Bukit Setongkol, Kuantan, aku rasa, menjadi tanggungjawab aku untuk share dgn korang semua.

Korang tahu Lagenda Tasik Chini?..Istana bawah tanah?...dll.....?

Hah, x ramai yg tahu kan, sbb benda ni x da pn dalam buku sejarah sekolah menengah. Tp jgn lupe P.Ramlee penah buat filem tentang lagenda ni. Tp, secara kebenarannya, aku x pasti, korang timbang2 dan ukur2 lah sendiri pendapat korang.


Tasik Chini, nama yg x asing lg bagi rakyat penduduk negeri Pahang, cakap je tentang Chini, semua tertanya2, tercakap2 tentang lagenda tasik kedua terbesar selepas Tasik Bera. Selain merupakan tasik semulajadi, tasik ni juga kaya dgn hasil bunga teratai nya untuk dikomersilkan. hehe, x la, die x jual pn bunga tuh.


Lagenda Tasik Chini ni, misteri dan menarik untuk didengar. Khabaran penduduk setempat, tasik tu didiami oleh seekor naga (Naga Seri Gumum) yg panjang nya 6km. Panjang tuh, knp die x duduk kat Tasik Bera je, besar sikit. Yang mana, dipercayai menjaga kawasan tu. Macam2 cerita aku dah dgr dari org ramai. 1000 satu kisah, ada yg dah nampak, dan ade yg dah sentuh. Aku lebih percaya andai benda2 camni dikaitkan dgn alam ghaib. Not everyone can see and feel the mystery of Naga Seri Gumum.

Secondly, misteri kerajaan Kota Purba Khmer. Mengikut Lagenda, kota ni tenggelam pada dasar Tasik Chini, dan penjumpaan alat2 kota purba disahihkan pada sekitar tasik ni. Tp, bila penyelam periksa tasik tu, xda kesan pn kewujudan binaan. Emmm..... remain the mystery.
Sesat dalam hutan + Lubuk lubang Ular + sumpahan alam antara menjadi perbualan umum. Ikutkan orang asli Kg. Gumum, "tasik ni keras siket bah, jangan die ngomom perkara2 buruki".

Apa yg aku cerita, semua dari lagenda2 dan cerita2 dari blogger2 lain yg dah pegi Tasik Chini ni. Bagi aku, apa yg benar atau fiksyen kita ambil iktibar akan kekuasaan yg Maha Esa. Ada kisah disebalik ape yg diperkatakan, tp cuma kita berada dipermukaannya sahaja. Isi kandungannya, hanya Dia yg mengerti. Sahih nya, aku x pegi lg (nak pegi ajak aku) tasik ni. Aku nak tgk sendiri perkara yg sebenar dan x beberapa benar. Apa2 pn, enjoy membaca.tq....Hut HuB !!

0 comments:

Post a Comment

 

© DrKapak
Revolution Elements by Blozard. Original WP theme by Jason Schuller | Distributed by Deluxe Templates